Sejujurnya, kadang-kadang kita rasa letih sangat dengan kerja, kehidupan kita .. tapi hakikatnya, itu la yang kita perlu lalui dalam seharian .. suka duka seharian sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara pemikiran kita...
Cerita tentang aku di tempat kerja, stress bila mana kita seorang saja membuat kerja tetapi yang lain hanya tahu mengampu orang atasan. Tidak kurang juga dengan sikap pekerja sendiri yang berlagak dan sombong sesama pekerja yang lain. Stress kan? belum lagi fikir tentang kerja yang bertambun, masalah sikap pekerja dan banyak lagi ... :) dan kamu rasa kita boleh tidak lalui seharian sebegitu stress kehidupan seorang diri? tidak mungkin kita boleh lalui seorang diri..
Maka bagi aku, aku perlukan sokongan.. dengan itu, aku memilih untuk mengabdikan diri dengan Pencipta ku. Sesungguhnya Dia sahaja lah yang tahu bagaimana kehidupan seharian ku, tekanan, dan macam-macam lagi.
In conclusion, :) untuk hati tenang kena buat apa??? Nah, lihat balik Firman Allah.. Surah Ar Ra'd ayat 28.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu - Carian
Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu
http://www.surah.my/search?utf8=%E2%9C%93&surah=&q=hati+tenang&l=